Sunday, May 16, 2010

Explore the new things :)

Sunday, May 16, 2010
Sempena aku 4 bulan memasuki alam U, aku mau kasitau dengan korang, benda2 baru yang aku dapat buat bila sudah masuk sini. ni untuk kawan2 aku juga yang mau masuk alam U kan, ikut yang baik, jgn contohi yang buruk. eh, tetiba teringat ustaz alam. haha.

Things i've done/learn :

1. pakai baju sembarang pergi kelas.

2. pakai selipar pergi kelas.

3. keluar pergi kedai makan mamak pagi2 buta.

4. masuk formal meeting.

5. jadi supervisor untuk event besar.hehe.

6. hari2 mkn d kedai menjadikan aku muak.

7. mula rindu adik beradik yg lain.


8. dlm masa 4 bulan, paling banyak naik bas ke KL. sebelum ni x pernah.

9. berani naik bas sorang2.


10. pegang duit yang sangat banyak. :)

11. belajar x tentu arah, terlalu banyak benda nak belajar.

12. beli buku teks yang mahal2 & tebal2.

13. belajar kece kelate.hihi.


14. bila order air, sebut "ais" bukan "ping".


15. tahu kewujudan 'rbtm' [roti bakar telur manis].

16. tiada istilah siang & malam. dua2 sama saja.

17. buat assignment sampai beratus2 soalan, kena type & hantar by emel.


18. masuk dewan peperiksaan macam jadi banduan, semua kena cek.


semua di atas adalah berdasarkan pengalaman sendiri. ambil yang jernih, buang yang keruh. hoho. :)

Saturday, May 15, 2010

SEM 1 dah habis :)

Saturday, May 15, 2010
Alhamdulillah,1st sem aku kat UTP dah habis. layak ka aku lega camni? aku x sanggup mau lega, because my exam was totally messed up. 4 paper aku jawab, 1 paper 3 jam dalam dewan. masa menjawab tu, umpama bayi yg baru lahir ja x tau apa2.

urgghhh, ni la terlampau leka dgn kehidupan U. kan dah terhantuk. baru mau menyesal sekarang. apa guna?

nasihat aku utk kwn2 yg mau menjejakkan kaki ke U/matriks/kolej, jgn la leka2 d sana. ni bukan mcm skolah lagi, bulih kamu main2. kalau d maktab tu, main2 pun masih lagi dapat A kan? d U? lu pikirla sendiri. konfem x dapat punya.

so, x kan next sem pun aku nak jadi gini? aku dah tekad, nak study betul2 pasni. serius, aku dah menyesal. hopefully 2nd sem aku dpt jadi full time student [sebelum ni part time ka?] :)

16 mei :) 2 benda best. hari guru & aku dah 4 bulan kat UTP. 4 bulan? cepatnya masa berlalu. rasa mcm baru ja semalam aku & papa rushing tempah tiket nak pegi tronoh ni, yang ramai org x tau kewujudannya. "hahh,tronoh? d mana tu?" tu la respon2 yang aku selalu dpt bila cakap aku study kat tronoh. bagus lg ckp : "saya study d perak" haha :)

not forget to mention, happy teachers day to all my teachers. x kira la guru masa tadika ka, sekolah rendah [st. agnes] or sekolah menengah [MRSM KOKI]. i love all of u. tanpa kalian, siapalah kami yang bergelar seorg pelajar. heart u all. [ada ka guru yg baca blog aku?haha]


just nak cerita sikit pasal life aku. aku join charity work, Majlis Kanser Nasional [MAKNA] baru2 ni. actually, masa isi borang nak jadi volunteers tu, 1 ja dalam fikiran aku, nak sibukkan diri supaya x rindu family kat sabah. sebab masa tu aku rindu gila kot dgn rumah. haha.

but then, things happen so quickly. so many things happen in just a blink of an eye. aku datang general meeting MAKNA, & tiba2 kena lantik jadi hicom. aku yang blur2, hanya dpt cakap : "apakah?" mau tau time tu apa aku rasa? rasa mcm kena buli, sebab kakak2 lain x mau pegang tanggungjawab ni [dorang yg ckp].

so, aku yang x dapat ckp tidak pun, redha ja la. masa tu actually dlm fikiran aku, mmg x peduli sudah. sebab aku stress duduk d UTP. ya. memang aku stress duduk d UTP masa tu.

tapi, masa berlalu. perasaan rindu dgn sabah aku buang jauh, kak dora & teha pun pujuk2 aku. dan dalam masa tu aku banyak libatkan diri dalam MAKNA, sebab kami buat event 1 week.

apa aku dapat? aku jumpa life d UTP. boring bertukar jadi excited. aku mula kenal orang. aku mula kenal UTP. aku dapat rasa keseronokkan d UTP. haha.

serius, aku x sabar event MAKNA bulan 8 nanti. memang aku tau, masa2 stress akan dtg, tapi mesti berani la kan, ambil risiko. at least aku ada pengalaman handle event besar [ya, walaupun aku tau kalau aku bukan hicom, x bagi effect juga sama mereka].

dan aku mau cakap special thanx kat sini utk president MAKNA, taufiq. aku rasa pembaca blog aku kenal juga. napa ckp thanx? sebab ko la PM paling ROCK. haha. gurau! sebab ko support aku dari belakang, & yakinkan aku yang aku boleh buat. [aku pandai hilang semangat kadang2]

cuti ni aku balik KL. aku jeles dgn kwn2 yang dpt balik sabah. tp, papa ckp rugi beli tiket if seminggu ja balik. redha je la. :)

Saturday, May 1, 2010

7 in the morning :)

Saturday, May 1, 2010
Semalam aku buat quiz online chemistry. sengal la, soalan senang pun aku buat berjam. aku susah mau catch up chemistry ni. sekarang mesti pecut la. exam seminggu lagi. ouh, aku sangat takut. atau orang semenanjung cakap cuak. hehe. sangat cuak. anyway, yang aku nak post kali ni, bukan pasal exam, or pasal study aku yang tunggang terbalik ni. nak cerita benda lain.

gini, aku wat chemist tu sampai jam 1 pagi. then, teha balik dari latihan silat. kami yang kelaparan tahap nak mampos pun, pergi la kedai mamak Salam untuk mengisi perut. lepas tu, kami balik bilik dekat jam 4 pagi, aku ingat nak sambung buat quiz tu. tapi, masa tengok soalan tu, bluur ni. nda dapat fikir sudah. otak jam. haha. masa tu dekat jam 5 sudah la. aku fikir2, klu tidur ni mesti x terbangun subuh. bah, apa lagi, layan movie. cehh, layan movie nda pula mengantuk tau. haha. :)

so, i ended up watching this movie:



movie ni actually biasa ja. tapi, yang best, aku nangis kot masa ending cerita ni. aku bagitau korang la, movie yang aku tengok then nangis sepanjang 18 tahun [jangan jeles, aku dah 18] aku hidup ni, cuma my heart, kuch2 hota hai & kabhi kushi kabhi gham [jgn ingt aku hantu hindustan pula. im not]. filem tu ja seingat aku. x tau la yang aku x ingt. so, kira movie ni dapat menyentuh hati & sanubari aku la. hehe.

aku terharu bukan pasal apa, tapi yang aku terharu sangat2, betapa kuatnya cinta atuk tu dengan nenek [isteri dia] yang dah meninggal. bayangkan la, dia sanggup pergi jauh2, untuk penuhi impian isteri dia, hanya dengan belon lagi tu. huhu.

tapi, bukan benda tu semata-mata. yang aku fikir, kalau lah cinta kita dekat Allah, kuat mcm tu, melebihi segala-gala, konfem bahagia dunia akhirat kan? aku pun cam sedih ni, sejak masuk U ni, aku macam sda kurang buat benda amal ibadah ni. dulu kat sekolah menengah rajin ja. banyak masa kan.

sekarang?

tidur malam pun x cukup. tapi, aku harap lepas ni, aku dapat la luangkan masa sikit. kan orang cakap, biar sikit asal berterusan kan? benda ni kan satu kewajiban bagi kita. betul x? :)

siap tengok cerita tu, aku solat subuh. pastu tidur. jam 7 pagi kot aku tidur. tu la tajuk post ni 7 in the morning. hehe. ouh ya, special thanx to my big boss, Ali Redza, sebab tolong aku buat quiz chemistry tu. sengal punya soalan, satu saoalan dah sakit belakang duduk kat kerusi ni. harap2 aku dapat jawab exam dengan baik la nanti.

study now.
uniqueinterference © 2014