Hari tu aku post kisah balik beraya kan? so, nak cerita pulak kisah aku punya flight KK-KL. haha. ni lagi best, pengalaman terbaeekkk la.
Flight aku jam 17.10. so, bila dah check-in, agak kecewa la sebab aku dengan abang aku x duduk 1 row. dia kat belakang, aku row 12 dia 14. heran xda row 13. nak tau kenapa? baca sampai habis. haha.
Aku duduk tengah-tengah, sebelah perempuan, sebelah ada sorang mamat yang kepalanya baru kena jahit, waaa, seram jugak la tengok. huhu.
dalam flight, xyah cakap la. bosan tahap dewa. dengar lagu je kerja aku. nak tido, so, tolak arr kerusi. tolak. tolak. fine, x boleh. napa ni? ahh, mampus la. aku pun xdapat la tido. hampeh.
Kira-kira jam 7 malam, aku pergi toilet. lepas tu, balik tempat duduk, mamat sebelah aku tegur. dia tanya aku x bosan ke? hahh, bonusnya soalan, mesti la bosan. (~.~')
Dia pun cerita la napa dia balik KL semua. rupanya dia tu pramugara, patutla hensom. haha. pramugara airasia, tapi tengah cuti, sebab aksiden. masa dia cerita-cerita kat aku tu, aku agak dia ni macam lelaki lembut la, style cakap pun boleh tau. haha.
Satu time ni, dia tunjuk gambar kereta dia yang hancur dari HP. then, tetibe dia tunjuk gambar satu mamat ni. dia tnya macam muka bangsa apa, aku cakap la kadazan. terus dia cakap tu orang myanmar. aku selamba ja. then dia sambung: "dia boyfriend saya."
WHAT THE?! hahaha. rupanya mamat tu gay. aku dah agak dah. sebab banyak khabar angin mengatakan bahawa pramugara banyak yang gay walaupun muka hensom nak mampus. huhu. dia gay, sorang-sorang ja la tau. ni nak cerita kat aku pe hal. =.="
Nasib la lepas tu mendarat. ish3, nanti kalau x mendarat lagi, entah apa lagi dia cerita kat aku. hahaha.
Ayat paling geli aku dengar dari mamat gay ni masa aku tnya napa dia bosan kat kk. dia jawab:
"Ya lah, kalau boyfriend atau husband ko d tempat lain, mesti la bah ko rasa rindu sama x enjoy kan."
HAHAHA. hampeh. geli kot. euuuwwww.
Tapi, duduk sebelah dia dapat tau macam macam pasal airasia:
1. Staff airasia hanya akan bayar 10% je dari harga tiket. so, kalau harga tiket tu rm700 pun, dorang perlu bayar rm70 ja! wooow!
2. Row 13 dalam flight memang xda sebab kununnya no 13 bawa sial. ~.~"
3. Row 12 & 14 adalah row pintu kecemasan atau hot seat. so, ruang hadapan kerusi di row ni agak luas.
4. Kerusi row 11 & 12 x boleh dibaringkan sebab x mau mengganggu ruang kecemasan di row 12 & row 14 tu. haiyaaa.
5. Dalam satu penerbangan tu, ada 4 crew yang bertugas jadi pramugari & pramugara, and kadang kadang ada satu lebih yang orang panggil pelatih.
6. Gaji basic pramugara or pramugari adalah rm1000 (kalau dorang bercuti). Kalau fly, dorang dapat rm25 untuk 1 jam. so, 'gay' tu cakap, at least satu bulan kalau dia fly dalam malaysia ja, dia dapat 5-6 ribu la. wahhhh. kalau pergi luar negara x payah cakap la. huhu.
Haha. tu la ilmu ilmu yang aku dapat sepanjang duduk sebelah dia. heee~ gay oh gay. haha