Monday, May 31, 2010

Love to read & usha mengusha. hihi :)

Monday, May 31, 2010
Sory. dah lama x menumpahkan ayat-ayat kat blog ni. agak busy seminggu dua ni. sibuk urus pasal registration & stuffs lain. ok, aku admit ada perasaan malas nak update. tp, tu 20% ja. 80% sibuk ok. ada kejujuran di situ. hihi. :)

Tiada juga yang menarik happen dalam 2 minggu sejak aku balik dari cuti. jealous ja budak2 undergrad dah cuti. 2 bulan lagi tu! taufiq pun dah balik sabah. mau ja aku suruh dia jumpa family aku & peluk dorang sorang2 untuk aku. hehe. rindu sangat dah kat family aku di sana. harap2 boleh balik bulan 9 nanti @ raya.

*adik i. apsal comel sangat macam kakak dia ni? hehe*

Aku ada kemajuan juga lepas balik dari cuti kat KL sana. hihi. aku beli contact lens warna. before ni pakai yg plain ja kan? aku beli yg warna dah, sebab jual murah, promotion. aku pakai lens masa sem1 sebab nak pakai gogal dalam lab kan. if pakai spek, x boleh la. x selesa & rimas. kalau x pakai spek, x nampak pula. so, solution: beli lens. beli plain je mula2. tp, sekarang dah pakai warna. i dah maju. hihi. :)

Tengok tajuk, ada kaitan dgn blog hot Rossyahidah & tumblr Farah Ain. hehe.aku sangat suka baca page mereka. best & selalu mereka update. mereka juga banyak follower. blog hot la konon kan, betul x nurul? haha. aku suka baca & usha page mereka. :P

Ada lagi kemajuan aku sem 2 ni. aku naik motor tadi. first time! hooray! hehe. ok fine, bukan saya yg bawa, saya bonceng ja. tp,tetap dapat naik.

aku ada kisah sebenarnya. masa form 5, one of my besties, Eir pinjam motor dari ustaz m*****i. dia bonceng kami [geng aku] satu2, aku paling last. sekali, turn org yg sebelum aku, eksiden plak. x kesampaian la turn aku. aduh. punya sedih. tapi, at last, di ut* juga aku dapat naik motor. thanx teha! :)

Sunday, May 23, 2010

New sem, new me?

Sunday, May 23, 2010
Aku dah balik UT*. macam x percaya esok dah ada lecture. walaupun percutian di KL x begitu memberangsangkan, tapi aku still lagi nak cuti. hehe.

Macam belum ready ja mau mula kelas esok. tapi, aku dah janji dengan someone, nak berubah sem 2 ni. bukan la berubah sebab janji aku kat dia, tapi aku ingat juga dengan parents ku jauh di Sabah sana. mereka mesti kecewa kalau aku x study betul2.


Perhatian: keluarga saya x tinggal atas gunung ya, mereka tinggal di Kota Kinabalu. gambar di atas cuma untuk pembaca dapat feel. hihi.

Anyway, aku dah di atas katil kat U aku yg empuk ni. tadi download jadual, peningnya nak susun jadual untuk sem 2 ni. tapi, macam lega sikit la. sebab sem 2 kami cuma ada 16 jam kredit, banding sem 1 ada 19 jam kredit. walaupun cuma 3 jam beza, 3 jam kan boleh buat macam2. :)

My laptop has a new look:

*New laptop skin. cantik x?*

Thursday, May 20, 2010

Cuti d KL :)

Thursday, May 20, 2010
Macam yang aku cakap dalam post sebelum ni, aku x balik ke sabah. cuti2 malaysia d KL ja. seminggu ja kot, macam sayang mau keluarkan rm500 untuk pergi seminggu ja.

so, jumaat lalu, dengan beraninya aku naik la bas sorang2 pergi KL [first time kot]. mula2 pergi rumah daddy aku di Kota Damansara. tapi, oleh kerana di kota dam tu "best" sangat, aku pun melencong la pula pergi rumah aunty2 aku di Puchong ni. haha.

kat sini sama ja kot, duduk ja dalam rumah. tapi ada internet la. if sana xda internet, sini ada, jap2. x sama la kan? jauh beza. sangat x sama. :)

mesti mau cakap aku gila internet kan? cakap la, x marah pun. kenyataan. kalau aku x on9, mau buat apa? tengok tv? sory la, dari aku sekolah menengah, x minat pun tengok tv. tengok pun if terdesak or memang xda benda lain yang boleh dibuat. so, jangan la kamu tanya aku if ada apa2 cerita yang best di tv. adamaya? apa tu? haha.

di Puchong ni, tinggal dalam apartment. mari aku tunjuk gambar yang di ambil dari beranda tingkat 12. masa aku snap picture ni tadi, azan maghrib tiba2 berkumandang. tapi x jumpa pula masjidnya, dari surau azan tu datang.

*cantikkan awan tu?*


*Pembangunan terlalu pesat.*

5 malam sudah aku tido sini. setiap petang hujan. hujan bukan alang2, kilat sana, kilat sini. kalau di sabah mana ada macam ni. hujan aman ja. haha. mungkin pasal sini lapang kan, lepas tu tinggi2 lagi bangunan. mesti di KL ni udara x bersih. ish2, kotor la paru2 saya. huhu. :)

Wednesday, May 19, 2010

Over the sea?

Wednesday, May 19, 2010
Herm, post kali ni bukan la nak merepek or share benda-benda merepek. hehe. kali ni nak kongsi pendapat la dgn kawan2 or pembaca blog ni, espacially kawan2 aku yang dah nak sambung study. sebelum anda baca, ni cuma pendapat ok? tiada kaitan dgn benda lain :)

dalam bulan ni, aku tengok ramai kawan2 aku yang sda mau sambung. x kira la pergi UiTM ka, UIA ka, or matriks, memang ramai sda la yang sambung study. actually masa aku sda daftar d UT*, kawan2 masih lagi cuti2 Malaysia d rumah. tapi, ramai yang merungut. antara rungutan mereka:

"bosannya d rumah!! x tau apa nak buat!"

"mau sambung study!"

"mau buat apa d rumah ni,aku bosan sda!"

kebanyakan benda2 di atas di ambil daripada status facebook. kan sekarang ni demam facebook. nama dirahsiakan. hehe. aku pun dengan sedap membalas:

"sabar la, nanti sudah ko sambung, mau balik rumah ja tu."

"nanti ko sudah sambung belajar, seksa tu."

"enjoy la cuti ko sekarang, nanti susah mau jumpa cuti."

lebih kurang macam tu la. tapi, comment2 aku, seperti yang dijangka, x dapat respon positive. dorang kebanyakan jawab macam ni:

"x kira la. yang penting aku mau pergi study."

"aku mau life sendiri bah. life d U."

"aku rindu bah mau belajar."

haha. tu la respon2 mereka. tapi, aku x salahkan mereka. x dinafikan, sebelum masuk UT* pun, aku macam orang x waras juga tunggu result dari mara. tapi, sini yang aku nak nasihat korang semua.

masa kat sabah, aku pun x sabar2 nak pergi sambung belajar. aku balik2 suruh papa call pejabat mara. sampai papa aku cakap gini:

"sabar. nanti bila nana sudah pergi sana, susah tu mau balik. bagus sekarang ni spend time dengan family."

aku time tu, belum sedar kan, so buat endah x endah ja la dengan statement bapa aku tu. tapi, sekarang? ayat dia tu la yang balik2 aku ingat. haha. menyesal memang x guna. tapi, memang aku rasa apa yang papa aku cakap tu 100% betul. bukan la mau sombong or apa, tapi aku lebih rasa garam dari gula. hehe.

so, kawan2 semua, masa2 ni la kamu habiskan masa betul2 dengan family. bila dah sambung, then kerja, tiada masa sudah spend time betul2 dengan family. sibuk sudah tu. lain la kalau kamu menganggur. tapi, xkan la kan? haha. tu menyusahkan orang ada la.

nasihat aku juga dengan yang mau pergi overseas. kamu yang mau pergi tu, mesti kuat dari segi mental & fizikal. sebab tinggal tempat orang bukan senang. aku tau, sebab aku yang d Perak ni pun, rindu gila dengan orang d Sabah. apatah lagi kamu di sana. bukan mau suruh kamu study dalam negara ja, cuma nasihat. actually aku di sini pun kena cakap pelajar oversea. aku tinggal over the sea kan? haha. :)

P/s: Pasal yang x sabar mau sambung study tu, sabar la. bila sudah sambung study ni, macam orang gila kamu belajar. susah tau.

Sunday, May 16, 2010

Explore the new things :)

Sunday, May 16, 2010
Sempena aku 4 bulan memasuki alam U, aku mau kasitau dengan korang, benda2 baru yang aku dapat buat bila sudah masuk sini. ni untuk kawan2 aku juga yang mau masuk alam U kan, ikut yang baik, jgn contohi yang buruk. eh, tetiba teringat ustaz alam. haha.

Things i've done/learn :

1. pakai baju sembarang pergi kelas.

2. pakai selipar pergi kelas.

3. keluar pergi kedai makan mamak pagi2 buta.

4. masuk formal meeting.

5. jadi supervisor untuk event besar.hehe.

6. hari2 mkn d kedai menjadikan aku muak.

7. mula rindu adik beradik yg lain.


8. dlm masa 4 bulan, paling banyak naik bas ke KL. sebelum ni x pernah.

9. berani naik bas sorang2.


10. pegang duit yang sangat banyak. :)

11. belajar x tentu arah, terlalu banyak benda nak belajar.

12. beli buku teks yang mahal2 & tebal2.

13. belajar kece kelate.hihi.


14. bila order air, sebut "ais" bukan "ping".


15. tahu kewujudan 'rbtm' [roti bakar telur manis].

16. tiada istilah siang & malam. dua2 sama saja.

17. buat assignment sampai beratus2 soalan, kena type & hantar by emel.


18. masuk dewan peperiksaan macam jadi banduan, semua kena cek.


semua di atas adalah berdasarkan pengalaman sendiri. ambil yang jernih, buang yang keruh. hoho. :)

Saturday, May 15, 2010

SEM 1 dah habis :)

Saturday, May 15, 2010
Alhamdulillah,1st sem aku kat UTP dah habis. layak ka aku lega camni? aku x sanggup mau lega, because my exam was totally messed up. 4 paper aku jawab, 1 paper 3 jam dalam dewan. masa menjawab tu, umpama bayi yg baru lahir ja x tau apa2.

urgghhh, ni la terlampau leka dgn kehidupan U. kan dah terhantuk. baru mau menyesal sekarang. apa guna?

nasihat aku utk kwn2 yg mau menjejakkan kaki ke U/matriks/kolej, jgn la leka2 d sana. ni bukan mcm skolah lagi, bulih kamu main2. kalau d maktab tu, main2 pun masih lagi dapat A kan? d U? lu pikirla sendiri. konfem x dapat punya.

so, x kan next sem pun aku nak jadi gini? aku dah tekad, nak study betul2 pasni. serius, aku dah menyesal. hopefully 2nd sem aku dpt jadi full time student [sebelum ni part time ka?] :)

16 mei :) 2 benda best. hari guru & aku dah 4 bulan kat UTP. 4 bulan? cepatnya masa berlalu. rasa mcm baru ja semalam aku & papa rushing tempah tiket nak pegi tronoh ni, yang ramai org x tau kewujudannya. "hahh,tronoh? d mana tu?" tu la respon2 yang aku selalu dpt bila cakap aku study kat tronoh. bagus lg ckp : "saya study d perak" haha :)

not forget to mention, happy teachers day to all my teachers. x kira la guru masa tadika ka, sekolah rendah [st. agnes] or sekolah menengah [MRSM KOKI]. i love all of u. tanpa kalian, siapalah kami yang bergelar seorg pelajar. heart u all. [ada ka guru yg baca blog aku?haha]


just nak cerita sikit pasal life aku. aku join charity work, Majlis Kanser Nasional [MAKNA] baru2 ni. actually, masa isi borang nak jadi volunteers tu, 1 ja dalam fikiran aku, nak sibukkan diri supaya x rindu family kat sabah. sebab masa tu aku rindu gila kot dgn rumah. haha.

but then, things happen so quickly. so many things happen in just a blink of an eye. aku datang general meeting MAKNA, & tiba2 kena lantik jadi hicom. aku yang blur2, hanya dpt cakap : "apakah?" mau tau time tu apa aku rasa? rasa mcm kena buli, sebab kakak2 lain x mau pegang tanggungjawab ni [dorang yg ckp].

so, aku yang x dapat ckp tidak pun, redha ja la. masa tu actually dlm fikiran aku, mmg x peduli sudah. sebab aku stress duduk d UTP. ya. memang aku stress duduk d UTP masa tu.

tapi, masa berlalu. perasaan rindu dgn sabah aku buang jauh, kak dora & teha pun pujuk2 aku. dan dalam masa tu aku banyak libatkan diri dalam MAKNA, sebab kami buat event 1 week.

apa aku dapat? aku jumpa life d UTP. boring bertukar jadi excited. aku mula kenal orang. aku mula kenal UTP. aku dapat rasa keseronokkan d UTP. haha.

serius, aku x sabar event MAKNA bulan 8 nanti. memang aku tau, masa2 stress akan dtg, tapi mesti berani la kan, ambil risiko. at least aku ada pengalaman handle event besar [ya, walaupun aku tau kalau aku bukan hicom, x bagi effect juga sama mereka].

dan aku mau cakap special thanx kat sini utk president MAKNA, taufiq. aku rasa pembaca blog aku kenal juga. napa ckp thanx? sebab ko la PM paling ROCK. haha. gurau! sebab ko support aku dari belakang, & yakinkan aku yang aku boleh buat. [aku pandai hilang semangat kadang2]

cuti ni aku balik KL. aku jeles dgn kwn2 yang dpt balik sabah. tp, papa ckp rugi beli tiket if seminggu ja balik. redha je la. :)

Saturday, May 1, 2010

7 in the morning :)

Saturday, May 1, 2010
Semalam aku buat quiz online chemistry. sengal la, soalan senang pun aku buat berjam. aku susah mau catch up chemistry ni. sekarang mesti pecut la. exam seminggu lagi. ouh, aku sangat takut. atau orang semenanjung cakap cuak. hehe. sangat cuak. anyway, yang aku nak post kali ni, bukan pasal exam, or pasal study aku yang tunggang terbalik ni. nak cerita benda lain.

gini, aku wat chemist tu sampai jam 1 pagi. then, teha balik dari latihan silat. kami yang kelaparan tahap nak mampos pun, pergi la kedai mamak Salam untuk mengisi perut. lepas tu, kami balik bilik dekat jam 4 pagi, aku ingat nak sambung buat quiz tu. tapi, masa tengok soalan tu, bluur ni. nda dapat fikir sudah. otak jam. haha. masa tu dekat jam 5 sudah la. aku fikir2, klu tidur ni mesti x terbangun subuh. bah, apa lagi, layan movie. cehh, layan movie nda pula mengantuk tau. haha. :)

so, i ended up watching this movie:



movie ni actually biasa ja. tapi, yang best, aku nangis kot masa ending cerita ni. aku bagitau korang la, movie yang aku tengok then nangis sepanjang 18 tahun [jangan jeles, aku dah 18] aku hidup ni, cuma my heart, kuch2 hota hai & kabhi kushi kabhi gham [jgn ingt aku hantu hindustan pula. im not]. filem tu ja seingat aku. x tau la yang aku x ingt. so, kira movie ni dapat menyentuh hati & sanubari aku la. hehe.

aku terharu bukan pasal apa, tapi yang aku terharu sangat2, betapa kuatnya cinta atuk tu dengan nenek [isteri dia] yang dah meninggal. bayangkan la, dia sanggup pergi jauh2, untuk penuhi impian isteri dia, hanya dengan belon lagi tu. huhu.

tapi, bukan benda tu semata-mata. yang aku fikir, kalau lah cinta kita dekat Allah, kuat mcm tu, melebihi segala-gala, konfem bahagia dunia akhirat kan? aku pun cam sedih ni, sejak masuk U ni, aku macam sda kurang buat benda amal ibadah ni. dulu kat sekolah menengah rajin ja. banyak masa kan.

sekarang?

tidur malam pun x cukup. tapi, aku harap lepas ni, aku dapat la luangkan masa sikit. kan orang cakap, biar sikit asal berterusan kan? benda ni kan satu kewajiban bagi kita. betul x? :)

siap tengok cerita tu, aku solat subuh. pastu tidur. jam 7 pagi kot aku tidur. tu la tajuk post ni 7 in the morning. hehe. ouh ya, special thanx to my big boss, Ali Redza, sebab tolong aku buat quiz chemistry tu. sengal punya soalan, satu saoalan dah sakit belakang duduk kat kerusi ni. harap2 aku dapat jawab exam dengan baik la nanti.

study now.
uniqueinterference © 2014