Tepat jam 5ptg, berakhir la penderitaan budak-budak JAN10 untuk SEM2 tahun ni [sem2 je pun]. petang tu, aku gembira sangat-sangat nak balik SABAH, walaupun mengikut pengiraan masih ada 3 hari lagi aku terkandas kat tanah semenanjung ni. on the way balik V1, terserempak dengan Anis Syahirah.
Aku: Anis, dalam blog bas SPBUMI tu, xda pun dia letak jadual ke KL. apsal ek?
Anis: hahh, xde ke? hurm, tnggu la sat. ada la tu nanti.
Aku: harap-harap la. thanx!
So, malam tu, nak release tension lepas exam, jom g buka pose kat IPOH! haha. aku dan geng kelantan (yu, syu, cik put & syazmira) berangkat la ke Ipoh. aku je kot budak sabah dalam kereta, dorang duk kece kelate, buat paham je la. kata nak belajar kan. lalalalala~
Lepas buka puasa, g shopping sikit2 [sikit ke? hehe], balik la ke UT*. hurm, malam tu, lepas kemas barang & cuci baju, pengsan atas katil. penat otak & penat badan. huhu. tapi, puas!
Al-kisah esoknya, tepat jam 3 petang, bunyi lagu Air plane keluar dari HP aku, gadis manis bernama
Fatin Filzati telefon!
Aku: salam. hahh, napa Fatin?
Fatin: Tiara, kamu dah packing x?
Aku: tengah la ni, napa?
Fatin: abang bas tu tepon arr, dia cakap bas gerak sekarang!
Aku: *TERKEJUT* hahh?! aku belum habis packing kot. baju kat bawah, belum angkat lagi ni.
Fatin: hurm, jap aku cakap dgn abang tu tunggu.
*5 minit berlalu*
Fatin: Tiara, bas dah jalan la. dia cakap x boleh tunggu.
Aku: what the?! jadi camna?
Fatin: aku nak try minta ayah aku ambil ni.
Aku: ok2.
Nak memendekkan masa menaip, [x kan asyik nak taip dialog je kan? huhu] ayah fatin ada kerja malam tu. dan lepas ayah fatin marah abg SPBUMI tu [hahahaha], dia cakap ganti bas kami esoknya. TAPI, aku x kira, nak balik mlm tu juga! xkan nak terkandas lama-lama kat UT*? such a bad dreams la!
Dengan segala kudrat yang ada, kami pun memerah otak, camna mau dapat tiket mlm tu juga. oleh kerana panik, keluar la idea-idea pelik & x masuk akal, seperti:
1. sewa kereta g ipoh cari bas, tu pun x tau la ada x.
2. beli ja tiket g negeri lain, bila lalu KL turun la.
Tapi, dalam berfikir tu, x pulak terfikir nak g taman maju, beli tiket. huhu. last-last, baru la muncul idea tu. so, pegi la, and tanya PLUSLINER, ada x tiket pegi KL. alhamdulillah, ada! yeahh! happy kot masa tu. :D
So, kesimpulannya, kalau berurusan dengan bas luar lagi la teratur, daripada bas UTP tu, cam hampeh je. aku dengar cerita, bas lain pun ada yang lambat 3 jam & 1 jam. lambat ok lagi kot. daripada kes aku?!
Sekarang, aku berada kat tanah KL, rumah aunty. esok flight balik sabah, jam 6.30pm. suka-suka! wait for me k sabah! 8 bulan dah x jejak tanah sabah!